Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
salam,saya nak tanya. Tahun lepas saya sengaja batalkan puasa dan lupa nak ganti puasa. Saya kesali dengan perbuatan itu dan nak ganti balik tahun ini. Jadi boleh ke saya qada tanpa fidyah sebab saya ni bawah umur?
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتة
الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المريلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد
Merujuk kepada persoalan saudara, penentuan sesuatu hukum dilihat dalam dua keadaan:
1. Jika saudara maksudkan bawah umur itu bermaksud belum baligh, maka saudara belum lagi diwajibkan untuk berpuasa. Ini bermakna, sekiranya saudara meninggalkan puasa maka tidak wajib untuk diqada' atau membayar fidyah.
2. Jika saudara maksudkan bawah umur itu berumur bawah 16 tahun akan tetapi telah baligh, maka saudara telah diwajibkan untuk berpuasa. Ini bermaksa sekiranya saudara meninggalkan puasa, adalah wajib bagi saudara untuk mengqada'nya dan perlu bayar fidyah jika terlewat qada' hingga masuk Ramadhan yang baru.
الله أعلم بالصواب