BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Asslmlkm, saya ada kemusykilan mengenai hukum haram yang berubah mengikut sesuatu keadaan seperti darurat?Sebagai contoh,benarkah hukum pengambilan bahan terlarang yang berasaskan babi boleh digunkan apabila dlm keadaan darurat.Seperti rumor yang mengatakan vaksin Az mengandungi bahan yang berasakan dari Babi? Kerana sahabat saya berkata hukum yang haram tetap haram walaupun dalam keadaan darurat??Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Secara umumnya kita nyatakan bahawa darurat itu  boleh diertikan sebagai keadaan yang memerlukan hukum-hakam keringanan terutamanya ketika terlalu lapar, terlampau dahaga, sedang berubat, menghidapi penyakit, di dalam keadaan terpaksa, kelupaan, kejahilan, kepayahan, keadaan yang tidak dapat dihindari atau umumul balwa, ketika bermusafir, sakit, kesempitan dan juga ketika berdepan dengan suatu keadaan yang luar biasa. Sekiranya hukum-hakam rukhsah (kelonggaran) ini tidak wujud dan penekanan hanyalah kepada hukum-hakam azimah, umat Islam pasti akan binasa ketika berdepan dengan suasana kecemasan atau darurat.

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, ingin ditegaskan bahawa suatu keadaan darurat tidak akan mengubah hukum asal haram yang telah ditetapkan dalam Islam. Apa yang berlaku ketika darurat adalah, seseorang itu diharuskan untuk mengambil sesuatu yang diharamkan dengan kadar yang boleh menyelamatkan nyawanya sahaja dan bukannya berlebih-lebihan. Jadi, hukum haram tersebut kekal sebagai haram.

Berkaitan status halal yang mengaitkan ramuan pada satu produk vaksin yang digunakan di Malaysia, hakikatnya ia adalah viral yang menyimpang dari fakta sebenar. Ini kerana Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI)  telah memutuskan TIADA sebarang bahan yang tidak halal digunakan selain telah disahkan selamat oleh  Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). Pihak AstraZeneca juga telah mengesahkan bahawa vaksin mereka tidak mengandungi bahan yang berasal daripada manusia atau binatang sama ada digunakan dalam media pertumbuhan atau makanan dalam proses pembangunan vaksin tersebut.

Untuk makluman juga, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (MJKFNS) Kali Ke-1/2021 telah membuat keputusan bahawa Hukum Penggunaan Vaksin COVID 19 adalah harus dan ianya wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia.

Oleh itu, status vaksin yang diberikan di Malaysia adalah harus.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.                                           


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 90

message user image