BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya ada satu pertanyaan. Apakah yang perlu saya buat sekiranya menjumpai sesuatu "cat clear" pada anggota badan yang menghalang air masuk semasa mengambil wuduk dan mandi wajib. Seingat saya, saya menggunakan cat itu seminggu yang lepas. Adakah saya perlu qada/ganti solat dan puasa yang lepas. Dan adakah wuduk n mandi wajib saya diterima?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, 1. Mandi wajib dan wuduknya tidak sah kerana cat tersebut menghalang air sampai ke kulit. 2. Solat tidak sah, wajib qada’. Adapun puasanya tidak wajib qada’ kerana puasa tiada kaitan dengan suci daripada hadas. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 94

message user image