BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalammualaikum , saya ingin bertanya tentang mandi wajib dan mandi junub . Setelah bersama dgn suami saya akan mandi wajib dgn niat mandi wajib .. boleh saya tahu apa beza mandi wajib dan mandi junub kerana dlm mandi junub dan mandi wajib terkait dgn air mani dan air mazi .. kerana sebelum ini saya akan niat mandi wajib , dan baru sekarang saya tahu tentang mandi junub . cuma saya masih tidak tahu apa perbezaan nya dan masih keliru . saya amat memerlukan pencerahan kerana saya risau solat dan ibadah saya tidak sah . terima kasih atas bantuan ...


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المريلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, sebab-sebab yang mewajibkan seseorang itu mandi wajib adalah antaranya disebabkan oleh melakukan persetubuhan yang menjadikan seseorang itu berhadas besar yang disebut sebagai janabah (atau berjunub), haid, bersalin, keluar air mani dan mati. Keluar air mazi tidak mewajibkan untuk mandi, cukup sekadar bersuci dan berwudhuk. Bermakna, mandi junub itu juga adalah mandi wajib. Disebut junub kerana berlakunya persetubuhan dan orang tersebut perlu menjauhkan dirinya daripada mendirikan solat dan perkara-perkara lain yang dilarang ketika dalam keadaan mereka belum mandi junub. 

Mandi wajib puan setelah bersama dengan suami itu adalah sah walaupun dengan niat mandi wajib, sekaligus terangkatlah hadas besar. Solat dan ibadah puan juga adalah sah.  

الله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 2731

message user image