BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Beberapa tahun lepas sy ada download applikasi 30 juzuk Al Quran ke dlm hp sy secara percuma. Salah ke kalau sy share app. ini dgn suami kerana kalau nak download baru, bayaran akan dikenakan.

Terima kasih. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Terlebih dahulu hendaklah dipastikan versi lama dan baharu mempunyai kelainannya tersendiri sehingga dikenakan bayaran untuk memuat turun. Kebiasaannya pihak pengendali aplikasi telah menambah beberapa perubahan terhadap versi asal yang percuma dan untuk memuat turun versi baru ini maka dikenakan bayaran. Sekiranya versinya sama, ia boleh dikongsi melainkan ada  penyataan (disclaimer) syarikat ia tidak boleh dikongsi sama sekali. Di pasaran terbuka sekarang banyak apps yang percuma untuk dilayari dan ini lebih menjauhkan dari syubhah dan ragu-ragu berkaitan penggunaannya. Salah satunya adalah aplikasi yang dibangunkan oleh pihak JAKIM. 

Hadis yang diriwayatkan oleh Nu'man bin Basyir, Rasulullah SAW bersabda

الحلالُ بيِّنٌ والحرامُ بيِّنٌ وبينَ ذلِكَ أمورٌ مشتبِهاتٌ لاَ يدرى كثيرٌ منَ النّاسِ أمنَ الحلالِ هيَ أم منَ الحرامِ فمن ترَكَها استبراءً لدينِهِ وعرضِهِ

Maksudnya: "Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhah (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhah bererti dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhah, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan” (Riwayat al-Bukhari)

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 147

message user image