Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
USTAZ/USTAZAH,SAYA SEPERTI NAMA DIATAS,TERDAPAT SEDIKIT KERAGUAN DAN KECELARUAN DALAN SUATU ISU BERKAITAN DENGAN SOLAT SUBUH,SAYA TELAH CUBA MENCARI JAWAPAN BERKENAAN ISU TERSEBUT TETAPI MASIH TIDAK MENEMUI JAWAPAN YANG BENAR-BENAR MEYAKINKAN KERANA RISAU SOLAT SUBUH TIDAK SAH,AMAT TINGGI HARAPAN SAYA AGAR MASALAH SAYA MENEMUI JALAN PENYELESAIAN
ISU DAN MASALAH SAYA:-
UNTUK MAKLUMAN USTAZ/USTAZAH.SAYA BERULANG ALIK KERJA DARI SEMENYIH,SELANGOR KE KUALA LUMPUR YANG MEMAKAN MASA LEBIH KURANG SATU JAM,OLEH YANG DEMIKIAN,SAYA PERLU KELUAR RUMAH PADA PUKUL 6.00AM(PAGI) DAN MEMANG TIDAK SEMPAT SUBUH DIRUMAH DAN PERLU BERGEGAS KE PEJABAT KERANA RISAU KESESAKAN LEBUHRAYA YANG AMAT TERUK SEPANJANG PERJALANAN KE PEJABAT DAN MEMANG TIDAK DAPAT BERHENTI DI MANA-MANA KERANA AKAN LEWAT SAMPAI KE PEJABAT,DAN SELALUNYA SAYA AKAN TIBA DI PEJABAT TEPAT WAKTU SYURUK(SELALUNYA),DAN BETULKAN JIKA SAY ASILAP,(WAKTU SYURUK ADALAH WAKTU TIDAK BOLEH SOLAT,)
(SOALAN) BILAKAH MASA YANG PALING SESUAI BAGI SAYA MELAKSANAKAN SOLAT SUBUH?SAYA BENAR-BENAR BINGUNG DAN MATI AKAL MENCARI JAWAPAN KEPADA PERSOALAN SAYA.JASA BAIK USTAZ/USTAZAH AMATLAH SAYA HARGAI DAN BERTERIMA KASIH....SEKIAN TERIMA KASIH
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Dalam agama Islam, solat adalah perkara terpenting dan ia merupakan soalan pertama yang akan ditanya oleh Allah SWT. Oleh kerana itu solat diwajibkan kepada semua orang Islam yang berakal, baligh dan dalam keadaan suci.
Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 43:
وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ
Maksudnya: “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang"
Firman-Nya lagi di dalam surah al-Nisa' ayat 103:
إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَّوْقُوتًا
Maksudnya: Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.”
Para ulama meletakkan beberapa keadaan seseorang itu tidak berdosa melewatkan solat sehingga melepasi waktunya, antaranya:
Berbalik kepada soalan yang diajukan, melewatkan atau mengqadha'kan solat disebabkan khuatir terlambat masuk waktu kerja tidak termasuk dalam alasan yang diterima syarak. Hal ini kerana solat merupakan hak Allah yang wajib ditunaikan pada waktunya tanpa mengambilkira apa jua keadaan. Manakala pekerjaan adalah berkaitan hak (tanggungjawab) kepada diri sendiri dan keluarga. Namun, apabila berlaku pertembungan antara hak Allah dan hak makhluk, maka hak Allah wajib diutamakan. Sabda Rasullullah ﷺ:
إنَّ لِرَبِّكَ عَلَيْكَ حَقًّا، ولِنَفْسِكَ عَلَيْكَ حَقًّا، ولِأَهْلِكَ عَلَيْكَ حَقًّا
Maksudnya : “Sesungguhnya untuk Tuhan kamu terdapatnya hak, dan untuk diri kamu terdapatnya hak, dan untuk keluarga kamu terdapatnya hak". ( Riwayat al-Bukhari )
Sehubungan itu, Jabatan ini mengesyorkan beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan oleh pihak puan agar solat fardhu Subuh dapat ditunaikan dalam waktunya serta tidak mengganggu perjalanan tuan ke tempat kerja:
Waktu syuruk bermaksud waktu terbit matahari dan ia berterusan sehingga 15 minit. Itulah tempoh diharamkan untuk solat. Walau bagaimanapun, sekiranya kita terlewat atau tersedar dari tidur, maka TIDAK perlu menunggu sehingga habis tempoh waktu syuruk untuk mengqada' solat Subuh. Ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:
أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ قَفَلَ مِنْ غَزْوَةِ خَيْبَرَ، سَارَ لَيْلَهُ حَتَّى إِذَا أَدْرَكَهُ الْكَرَى عَرَّسَ، وَقَالَ لِبِلَالٍ: «اكْلَأْ لَنَا اللَّيْلَ»، فَصَلَّى بِلَالٌ مَا قُدِّرَ لَهُ، وَنَامَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَصْحَابُهُ، فَلَمَّا تَقَارَبَ الْفَجْرُ اسْتَنَدَ بِلَالٌ إِلَى رَاحِلَتِهِ مُوَاجِهَ الْفَجْرِ، فَغَلَبَتْ بِلَالًا عَيْنَاهُ وَهُوَ مُسْتَنِدٌ إِلَى رَاحِلَتِهِ، فَلَمْ يَسْتَيْقِظْ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَلَا بِلَالٌ، وَلَا أَحَدٌ مِنْ أَصْحَابِهِ حَتَّى ضَرَبَتْهُمُ الشَّمْسُ، فَكَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوَّلَهُمُ اسْتِيقَاظًا، فَفَزِعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: «أَيْ بِلَالُ» فَقَالَ بِلَالُ: أَخَذَ بِنَفْسِي الَّذِي أَخَذَ - بِأَبِي أَنْتَ وَأُمِّي يَا رَسُولَ اللهِ - بِنَفْسِكَ، قَالَ: «اقْتَادُوا»، فَاقْتَادُوا رَوَاحِلَهُمْ شَيْئًا، ثُمَّ تَوَضَّأَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَأَمَرَ بِلَالًا فَأَقَامَ الصَّلَاةَ، فَصَلَّى بِهِمُ الصُّبْحَ، فَلَمَّا قَضَى الصَّلَاةَ قَالَ: «مَنْ نَسِيَ الصَّلَاةَ فَلْيُصَلِّهَا إِذَا ذَكَرَهَا»
Bermaksud: "Sesungguhnya Rasulullah SAW ketika mana selesai pulang daripada peperangan Khaibar, baginda pun berjalan pada satu malam sehinggalah baginda berasa mengantuk lalu berkata kepada Bilal: ‘’Awasilah kami pada malam ini’’. Bilal pun kemudiannya menunaikan solat dengan kadar yang beliau mampu, dalam keadaan Rasulullah SAW dan para sahabat lainnya tidur. Apabila hampir waktu fajar, Bilal pun bersandar kepada haiwan tunggangannya sambil menghadap ke arah tempat terbitnya fajar. Lalu Bilal berasa mengantuk dalam keadaan sedang tersandar di haiwan tunggangannya. Rasulullah SAW tidak bangun, begitu juga Bilal, dan tidak ada seorang pun dari kalangan sahabat yang bangun sehinggalah pukulan matahari terpancar ke arah mereka. Rasuullah SAW adalah yang paling awal terjaga dari kalangan mereka lalu baginda berasa terkejut dan bekata: ‘’Wahai Bilal’’. Lalu Bilal pun berkata: Sesuatu mengatasi aku dan turut mengatasi dirimu wahai Rasulullah. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: ‘’Pimpinlah (haiwan tunggangan) lalu kesemua mereka pun membawa haiwan tunggangan mereka ke suatu tempat kemudian Rasulullah SAW berwudhu’ dan mengarahkan Bilal untuk iqamah dan baginda seterusnya mengimamkan solat subuh bersama mereka. Sesudah melaksanakan solat baginda bersabda: ‘’Sesiapa yang terlupa untuk solat, maka hendaklah dia menunaikan solat apabila dia mengingatinya".
Hadis di atas menuntut untuk menyegerakan solat yang tertinggal sebaik sahaja kita menyedarinya. Solat qada' antara solat bersebab yang tidak terikat dengan masa haram.
Kesimpulannya, melambatkan waktu solat sehingga habis waktu bukan pada situasi yang dibenarkan oleh syarak adalah tidak dibenarkan.
والله أعلم بالصواب