BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : JENAYAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Ustaz/Ustazah, 

Saya nak tnya, kalau kerja kita ni buat tender untuk dapatkan project construction, selepas tender tu berjaya dan syarikat  dapat project tu kemudian banyak kes rasuah yg terjadi.

Ada 2 situasi.

Situasi 1: Tender atau project syarikat dapatkn secara rasuah iaitu melalui perjanjian antara boss syarikat dengan consultant atau mana2 pihak terlibat. 

Situasi 2: Tender kita dapat secara sah tetapi untuk luluskan atau melancarkn urusan project tu boss membayar duit kepada consultant atau mana2 pihak terlibat secara rasuah. 

Apa hukumnya kepada pekerja yang melakukan tender sampai berjaya mendapatkan project tersebut? walaupun yg memberi rasuah itu adalah boss2 adakah pekerja dikira terlibat atau bersubahat juga dengan rasuah?

Mohon pencerahan. 

Terima Kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 188:

وَلَا تَأۡكُلُوۤا۟ أَمۡوَ ٰ⁠لَكُم بَیۡنَكُم بِٱلۡبَـٰطِلِ وَتُدۡلُوا۟ بِهَاۤ إِلَى ٱلۡحُكَّامِ لِتَأۡكُلُوا۟ فَرِیقࣰا مِّنۡ أَمۡوَ ٰ⁠لِ ٱلنَّاسِ بِٱلۡإِثۡمِ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

Maksudnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”

Abdullah ibn ‘Amr RA meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda:

  لعن رسولُ اللهِ صلّى اللهُ عليه وسلَّم الرّاشيَ والمرتَشِيَ

Maksudnya: “Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah” (Riwayat Abu Daud)

Kaedah fiqah juga menyatakan:

الإِعَانَةُ عَلَى المَعْصِيَةِ مَعْصِيَةٌ

Maksudnya: Menolong perbuatan maksiat juga adalah maksiat.

Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 2:

وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ 

Maksudnya: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya)”

Sememangnya dalam Islam, gejala rasuah adalah dosa yang dilaknat oleh Allah SWT. Peranan tuan sebagai pekerja yang hanya menjalankan tugas menguruskan tender adalah tidak berkait sama sekali dan tidak berdosa melainkan perbuatan majikan tuan yang jelas menjalankan rasuah, selama tuan tidak terlibat secara langsung di dalam perbincangan, pemberian atau penerimaan rasuah tersebut. Sekiranya terdapat bukti yang jelas, tuan sewajibnya melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa supaya budaya yang tidak bermoral ini dapat dibenteras dan dihentikan di dalam masyarakat.  

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 228

message user image