BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,Saya ingin bertanya.bolehkah di masjid yang sama menjalankan solat jumaat secara bergilir.Contoh ada dua jemaah.jemaah pertama melakukan solat jumaat dahulu.setelah selesai dan bersurai.masuk pula jemaah kedua menjalankan solat jumaat.Harap jika boleh dapatlah di usulkan ,ini kerana jemaah yang hadir membawa sejadah sendiri dan siap berwudhuk dari rumah sepanjang covid ini.Sekian.terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد      

Solat Jumaat merupakan kewajipan ke atas setiap mukallaf yang memenuhi syarat wajib solat Jumaat. Firman Allah SWT di dalam surah al-Jumu'ah ayat ke 9;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ 

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, apabila dipanggil untuk tunaikan solat pada hari Jumaat (solat Jumaat) maka bersegeralah untuk mengingati Allah (solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli. Sesungguhnya perkara tersebut lebih baik untuk kamu jika kamu mengetahui.  

Solat Jumaat secara bergilir (dua kali) di masjid yang sama adalah diharuskan sekiranya keadaan memerlukan seperti ruang masjid yang sempit dan tidak mampu menampung kehadiran jemaah dalam satu-satu masa seperti yang diamalkan oleh umat Islam di beberapa buah negara lain. Terdapat beberapa riwayat yang menceritakan sebahagian dari para sahabat telah solat bersama Rasulullah SAW kemudian apabila mereka kembali kepada kaum mereka, mereka mengimamkan solat bersama penduduk setempat. Dalam keadaan ini, solat kali kedua menjadi sunat kepada imam kerana solat yang pertama telah mengangkat kewajipan tersebut.

Muzakarah Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-7 yang bersidang pada 24 Jun 2020 juga telah memutuskan bahawa perkara ini adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa agama negeri. 

Dalam menimbang teliti cadangan ini,  pihak berwajib telah pun menekuni semua aspek tentang kewajaran menunaikan solat Jumaat secara bergilir, namun dengan data-data kes harian yang masih tinggi khususnya di negeri Selangor maka solat Jumaat hanya dijalankan satu sesi dan itulah yang telah diputuskan.


والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 144

message user image