BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.

Apakah hukum solat witir satu rakaat? Tidak 3 rakaat.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد      

Solat witir merupakan solat sunat muakkad yang sangat penting dan amat dituntut. Rasulullah SAW melazimi solat sunat witir walaupun ketika Baginda bermusafir. Tempoh masanya bermula selepas solat isyak sehingga masuk waktu subuh. Abu Ayub al-Ansari RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda;

الوِترُ حقٌّ على كلِّ مسلمٍ من أحبَّ أن يُوتِرَ بخمسٍ فلْيفعلْ ومن أحبَّ أن يُوتِرَ بثلاثٍ فلْيفعلْ ومن أحبَّ أن يُوتِرَ بواحدةٍ فلْيفعلْ

Maksudnya: Solat sunat witir adalah hak ke atas setiap orang Islam, sesiapa yang ingin solat sebanyak lima rakaat maka silakan, sesiapa yang ingin solat dengan tiga rakaat maka silakan, dan sesiapa yang ingin solat dengan satu rakaat maka silakan.

(Riwayat Abu Daud)

Menurut hadis di atas, harus melakukan solat witir yang paling ringkas iaitu sebanyak satu rakaat. Manakala solat sunat witir yang sempurna adalah sebanyak tiga rakaat dan pasti ia lebih baik berbanding solat sunat witir satu rakaat.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 123

message user image