BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wbt,

saya ingin bertanya adakah kisah tentang Saidinia Umar Al Khattab R.A menyoal balik malaikat munkar dan nakir itu sahih ?

Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Berdasarkan kepada pertanyaan tuan, kisah tersebut telah dinukilkan dalam kitab Tabsir oleh Abdul Wahid al-Maqdisi bahawa Nabi SAW bersabda:

إذا وضع الرجل في قبره أتاه منكر ونكير، وهما ملكان فظان غليظان أسودان أزرقان، ألوانهما كالليل الدامس، أصواتهما كالرعد القاصف، عيونهما كالشهب الثواقب، أسنانهما كالرماح، يسحبان بشعورهما على الأرض، بيد كل واحد منهما مطرقة، لو اجتمع الثقلان الجن والإنس لم يقدروا على حملها، يسألان الرجل عن ربه، وعن نبيه، وعن دينه، فقال عمر بن الخطاب: أيأتيانني وأنا ثابت كما أنا؟ قال: "نعم". قال: فسأكفيكهما -يا رسول الله-، فقال صلى الله عليه وسلم: "والذي بعثني بالحق نبيًّا، لقد أخبرني جبريل أنهما يأتيانك"، فتقول أنت: الله ربي، فمن ربكما؟ ومحمد نبيي، فمن نبيكما؟ والإسلام ديني، فما دينكما؟ فيقولان: واعجباه!! ما ندري نحن أرسلنا إليك، أم أنت أرسلت إلينا؟  

Maksudnya: 

Apabila seseorang yang telah selesai dikuburkan, akan didatangi dua malaikat munkar dan nakir, dan mereka adalah dua malaikat yang sangat kasar, hitam dan biru tebal seakan malam yang gelap warnanya, suara mereka seperti guruh yang sangat dahsyat, mata mereka seperti meteor yang menusuk, gigi mereka seperti tombak, rambut mereka terseret atas tanah, masing-masing mempunyai tukul. Sekiranya jin dan manusia bergabung sudah tentu tidak dapat membawanya (tukul). Mereka akan bertanya kepada manusia akan tentang Tuhannya, Nabi-Nya, dan tentang agamanya. Maka Saidina Umar Ibn Al-Khattab berkata: Adakah mereka akan datang kepadaku tatkala diriku sangat tegas? Nabi SAW bersabda: "Ya." Saidina Umar Ibn Al-Khattab berkata: Saya akan mencukupi mereka berdua - Wahai Rasulullah. Maka Nabi SAW bersabda: Demi sesungguhnya aku telah diutuskan menjadi nabi, sesungguhnya Jibril telah memberitahu kepadaku akan datang kepadamu wahai Umar, lalu kamu memberitahu, Allah tuhanku, maka siapa tuhan kamu berdua? dan Muhammad nabiku, maka siapa nabi kamu berdua? Islam agamaku, maka apa pula agama kamu berdua? Munkar dan Nakir berkata: ''Wah!! Kami tidak tahu sama ada kami dihantar kepada kamu, atau adakah kamu dihantar kepada kami?

Kata para ulama hadis berkaitan kisah yang dinukilkan adalah kisah yang tiada sanad dan sandaran daripada kitab-kitab hadis yang muktabar.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 193

message user image