Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum....saya ada satu soalan nk bertanya....saya melakukan solat jamak takdim maghrib dan Isyak..... setelah menunaikan solat maghrib saya terus berdiri melaksanakan solat Isyak tetapi ketika saya sedang solat Isyak......azan berkumandang....apakah status solat Isyak saya.....adakah dikira....@ perlu solat balik.... Jazakumullah
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد
Merujuk kepada soalan yang diajukan, tuan hanya perlu meneruskan solat Isyak tanpa perlu mengulanginya semula. Ini kerana solat Isyak telah bermula dan azan ketika solat itu tidak memberi kesan. Adapun jika azan berkumandang sebelum solat Isyak belum didirikan, maka solat Isyak perlu didirikan dalam waktunya dan tiada lagi istilah jamak taqdim.
والله أعلم بالصواب