BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Asalamualaikum sy terlanjur  mencelup pakain bernajis dalam air dan selepas sy keringkan di mesin basuh baru teringat dan kena bahagian dalam pengering dan luar baru apakah boleh menyiram air dengan spray yg berisi air mutlak di kawasan luar mesin basuh seperti penutup 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Untuk pengetahuan pihak tuan, pakaian bernajis yang dicelup ke dalam air akan menjadikan air tersebut sebagai air mutannajis dan pakaian tersebut juga masih kekal bernajis. Oleh itu, bahagian dalam pengering dan luar hendaklah disucikan dengan mengalirkan air mutlak pada tempat yang telah diyakini  terkena najis. Cara mensucikan kawasan atau tempat yang terkena najis adalah dengan membuag ain najis tersebut jika ada. Adapun mensuci kawasan terkena najis dengan mengunakan kaedah spray yang berisi air mutlak adalah diharuskan dengan syarat air spray itu mengalir di kawasan tekena najis. Ini bermakna perlu spray banyak kali hingga air banyak dan ia kelihatan mengalir.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 142

message user image