Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz.
Saya menabung sejumlah wang setiap bulan ke akaun simpanan Tabung Haji anak2, bagi tujuan membiayai keperluan pendidikan mereka kelak (jika mereka layak menyambung pelajaran). Walaubagaimanapun, sebelum mrk sampai ke umur berkenaan, saya ingin menggunakan sebahagian wang tersebut untuk tujuan lain.
Soalan saya.
1. Adakah saya boleh menggunakan wang tersebut? 2. Perlukah saya meminta keizinan daripada mereka.
Terima kasih ustaz.
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Pada umumnya, mengambil balik atau meminta semula hadiah mahupun pemberian yang kita telah berikan kepada orang lain adalah dilarang menurut Syarak. Ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
«العَائِدُ فِي هِبَتِهِ كَالكَلْبِ يَقِيءُ ثُمَّ يَعُودُ فِي قَيْئِهِ»
Bermaksud: “Orang yang meminta semula hibahnya (hadiah) sama seperti orang yang memakan semula muntahnya.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Ini dikuatkan lagi dengan hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
«لَيْسَ لَنَا مَثَلُ السَّوْءِ، الَّذِي يَعُودُ فِي هِبَتِهِ كَالكَلْبِ يَرْجِعُ فِي قَيْئِهِ»
Bermaksud: “Kita tidak melakukan perbuatan yang buruk itu, iaitu orang yang meminta semula hibah (hadiah) mereka samalah seperti anjing yang menelan semula muntahnya”.
Walau bagaimanapun, terdapat pengecualian seandainya ia pemberian dari seorang bapa kepada anaknya. Seorang bapa adalah dibenarkan untuk mengambil atau meminta semula hadiah yang diberikan kepada anaknya berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA dan Ibnu Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
«لَا يَحِلُّ لِرَجُلٍ أَنْ يُعْطِيَ عَطِيَّةً أَوْ يَهَبَ هِبَةً فَيَرْجِعَ فِيهَا إِلَّا الْوَالِدَ فِيمَا يُعْطِي وَلَدَهُ، وَمَثَلُ الَّذِي يُعْطِي الْعَطِيَّةَ، ثُمَّ يَرْجِعُ فِيهَا كَمَثَلِ الْكَلْبِ يَأْكُلُ فَإِذَا شَبِعَ قَاءَ، ثُمَّ عَادَ فِي قَيْئِهِ»
Bermaksud: “Tidak halal bagi seorang lelaki memberikan sesuatu pemberian, atau menganugerahkan sesuatu anugerah kemudian dia memintanya semula kecuali bapa meminta semula apa yang diberikan kepada anaknya dan misalan bagi orang yang memberikan sesuatu pemberian dan memintanya semula adalah sama seperti seekor anjing yang makan sehingga kenyang lalu ia muntah, kemudian ia memakan semula muntahnya itu.” (Riwayat Abu Daud dan Al-Tirmizi)
Ini dikuatkan lagi dengan hadis yang diriwayatkan daripada Saidina Umar Al-Khattab RA, dia berkata:
أَنَّ رَجُلًا أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: إِنَّ أَبِي يُرِيدُ أَنْ يَأْخُذَ مَالِي، قَالَ: «أَنْتَ وَمَالُكَ لِأَبِيكَ»
Bermaksud: “Ada seorang lelaki datang menemui Nabi SAW lalu berkata: Sesungguhnya bapaku ingin mengambil hartaku. Rasulullah SAW bersabda: “Kamu dan harta kamu adalah milik bapa kamu”.
Apa yang dapat kita fahami dari hadis di atas adalah seandainya harta anak boleh diambil oleh bapa, inikan pula harta yang asalnya dari pemberian bapa itu sendiri. Bapa boleh meminta semula pemberiannya kepada anak tanpa syarat.
Merujuk kepada soalan yang diajukan:
والله أعلم بالصواب