BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Zaman ini kita banyak melihat syarikat syarikat yang menyokong LGBT seperti menukarkan warna logo mereka.Terutamanya syarikat multinational Apakah hukumnya bg umat Islam yg bekerja di syarikat seperti ini.

Terima Kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk persoalan tuan/puan, jika dasar sesuatu syarikat walau apa nama sekali pun agendanya dengan jelas menyokong atau membantu aktiviti atau fahaman yang bertentangan dengan Islam, atau menzalimi umat Islam maka hendaklah dielakkan daripada terlibat dengan syarikat tersebut.

Walaubagaimanapun, jika dasar penubuhan sesuatu syarikat tersebut hanya untuk perniagaan dan pengeluaran produk untuk memenuhi keperluan semasa namun dalam masa yang sama pemiliknya secara peribadi menyumbang atau menyokong kepada kegiatan-kegiatan yang bertentangan dengan Islam maka tiada larangan untuk bermuamalah dengan syarikat berkenaan, kerana ianya adalah tindakan peribadi pemilik tersebut dan bukannya agenda syarikat berkenaan. 

Sehubungan itu, umat Islam dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dalam memilih sebarang pekerjaan supaya rezeki yang diterima diberkati dan diredhai Allah SWT. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 79

message user image