Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: As salam ustaz. Saya ada pertanyaan. Saya ni selalu ada perasaan berdebar atau pon simptom ni sama macam orang yg ada enxiety. Saya juga selalu ada perasaan was was. Kadang kadang tetiba sahaja terlintas di hati contoh nya. 'Kalu ko tidak keluar dalam masa 15 minit ko akan bercerai'. Nak tanya apakah hukumnya ye ustaz jika terjadi mcm ni?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, dalam keadaan seperti ini, hukum talak belum berlaku, kerana ianya hanya lintasan di dalam hati. Hukum talak boleh berlaku sekiranya lafaz itu disebut oleh suami. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.