BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya merupakan seorang pelajar, sarjana ingin bertanya mengenai fatwa. Apakah prosedur dalam mengeluarkan fatwa step-step dalam mengeluarkan sesuatu fatwa. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Tatacara Pegeluaran Fatwa di Negeri Selangor : Tatacara serta keterangan: 1. Permohonan - Permohonan daripada agensi kerajaan, swasta atau individu untuk mendapatkan sesuatu fatwa bagi isu-isu baharu. 2. Menjalankan Kajian - Sekiranya isu baharu, maka kajian akan dilaksanakan dan seterusnya menyediakan kertas kerja untuk dibentangkan dalam mesyuarat. 3. Pelaksanaan Mesyuarat - Mufti akan mempengerusikan Mesyaurat Jawatnkuasa Fatwa untuk membincangkan isu tersebut dan membuat keputusan. 4. Pemakluman kepada MAIS - Mufti akan membentangkan keputusan fatwa dalam Mesyuarat MAIS. 5. Memohon Perkenan - Selepas menimbang teliti sesuatu fatwa (sekiranya diwartakan). MAIS akan membuat syor kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor untuk mendapat perkenan pewartaan. 6. Pemakluman kepada Kerajaan - Setelah diperkenan oleh D.Y.M.M. Sultan Selangor, MAIS hendaklah memaklumkan fatwa tersebut kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. 7. Pewartaan - Setelah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri, fatwa tersebut hendaklah disiarkan dalam warta.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 84

message user image