BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Saya nk tanya, sy ada oder fpanda brg dapur, tp bila smp, bkn brg sy krn rider tslah pick up. Dh report dan ppanda mints maaf dan sy tny apa perlu buat dgn brg2 yg bkn sy pnya, mrk ckp puan blh guna atau buang krn kesilapan pihak kmi dan puan tdk perlu byr.. Duit sy jgk telah dpt krn sy mints mereka refund.. Skg sy xdpt brg2 sy smula, tp sy dpt brg mknn dr ksilapan itu, adz beras, syuran, srikaya, dll.. Apa perlu sy buat? Klo sy mkn adakah jtuh haram? Itu shja sy perlu pandangan ini, sbb pihak mereka dh tak nk amik brg ini dan case sy resolved mcm tu je. Jadi apa pendapat ustaz? 


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المريلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, memandangkan pihak Food Panda sendri telah menjelaskan kesilapan mereka dengan memulangkan semula duit puan, di samping keizinan mereka, sebagai pihak yang bertanggungjawab, untuk menfaatkan barang tersebut, maka puan boleh gunakan barang tersebut atau sedekahkannya kepada orang lain. Ini adalah kerana Islam melarang umatnya daripada sebarang bentuk pembaziran harta. Ia hendaklah dimanfaatkan dan tidak boleh dibuang begitu sahaja.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 80

message user image