BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum..

Saya ingin bertanya tentang penggunaan voucher..

Shopee akan memberi voucher bernilai RM8 untuk setiap pendaftaran baru menggunakan simkad baru.

Sy dah dftr dan dapat voucher RM8 tu dan sy mmbeli barang yg berhrga RM9..jadi saya hanya membayar RM1 sahaja..

kemudian sy mmbuat akaun shopee yg baru menggunakan simkad lain yang saya baru beli dan selepas itu shopee memberi saya voucher RM8 untuk pendaftaran baru..dan saya membeli lg barang yang berharga RM9 dan membayar hanya RM1 shj setelah menggunakan voucher tu..sy mendaftar berulang kali dan mendapat lagi voucher tu sebanyak 50x..ini bererti saya dah untung rm400 setelah berkali-kali mmbeli dan guna voucher yang saya dapat setiap kali mendafatr akaun baru shopee.

Saya ingin tahu adakah halal barang yang saya beli tu dan bolehkah saya menjual barang-barang yang saya beli dgn voucher tu..harap ustaz dapat membantu saya dengan hal ini..terima kasih..assalamualaikum


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Untuk pengetahuan, voucher mempunyai nilai sama seperti wang, berdasarkan kepada nilai yang diberikan. Dari segi hukum syarak, memberi voucher ia adalah sama seperti memberi hadiah. Hukumnya adalah harus selama tidak mengandungi unsur-unsur yang menyalahi syarak seperti riba, gharar, rasuah dan penipuan.

Merujuk kepada soalan yang diajukan, terdapat 2 kemungkinan berdasarkan matlamat dan tujuan pemberian voucher tersebut oleh pihak Shopee:

  1. Pemberian voucher kepada setiap pendaftaran baru dengan tujuan agar jumlah pelanggan yang berdaftar ramai dan pada masa yang sama populariti laman sesawang Shopee meningkat dan menjadi terkenal, tanpa mengira siapa yang mendaftar, maka tindakan tuan tidak bertentangan dengan maksud pemberian voucher tersebut.
  2. Pemberian voucher kepada setiap pendaftaran baru dengan tujuan sebagai penghargaan kepada pelanggan baru sebagai tanda terima kasih di atas langganan di dalam laman sesawang Shopee, maka tindakan tuan dilihat sebagai suatu manipulasi atau penipuan terhadap sistem yang ditawarkan oleh pihak Shopee. Ini bermakna perbuatan tuan bercanggah dengan maksud pemberian voucher tersebut dan ia dilarang menurut Islam.

Bagi mengetahui hukum perlakuan tuan, tuan perlu mengetahui apakah matlamat serta tujuan pemberian voucher tersebut oleh pihak Shopee.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 512

message user image