Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,
Pihak KASTAM dipertanggung jawab untuk mengutip cukai import rokok dan minuman keras. Saya ada terbaca Kerajaan boleh mengutip kutipan cukai produk yang memudharatkan seperti rokok dan minuman keras.
Pihak KASTAM akan menjual setem cukai untuk ditampal pada produk-produk rokok dan minuman keras. Sekiranya syarikat saya menjual setem cukai kepada jabatan KASTAM, adakah perniagaan menjual setem cukai pada KASTAM itu HALAL atau HARAM?
Terima kasih atas pencerahan yang akan diberikan.
Yang benar
Mohd Abdul Aziz
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Seluruh rakyat Malaysia wajib menghindarkan diri daripada terlibat dengan arak atau perkara-perkara yang bersangkutan dengannya. Arak telah terbukti menjadi ibu bagi segala kerosakan masyarakat, perpecahan dan keruntuhan rumahtangga. Malah di dalam Islam, perbuatan meminum arak adalah satu maksiat yang wajib ditinggalkan. Dalam hal ini hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA:
لعنَ رسولُ اللَّهِ ﷺ في الخمرةِ عشرةً عاصرَها ومعتصرَها وشاربَها وحاملَها والمحمولةَ إليهِ وساقيَها وبائعَها وآكلَ ثمنِها والمشتري لَها، والمشتراةَ لَهُ
Maksudnya: Rasulullah SAW melaknat dalam isu arak ini 10 golongan: Pemerah (anggur untuk arak), orang yang minta diperahkan, peminumnya, pembawanya, orang yang meminta bawa kepadanya, orang yang menuangkan arak, penjualnya, orang yang makan hasil jualannya, orang yang membelinya dan orang yang meminta dibelikan untuknya. (Riwayat at-Tirmizi)
Merujuk kepada persoalan yang dibangkitkan, perniagaan yang dijalankan adalah membekalkan setem cukai yang akan dibekalkan dan dijual kepada pihak KASTAM. Setem cukai itu kemudiannya akan digunakan oleh pihak KASTAM kepada barang-barang yang diimport dari luar negara ke dalam Malaysia. Terdapat 2 situasi:
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
Maksudnya: "Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan."
والله أعلم بالصواب