Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum tuan mufti. Saya berumur 15 tahun. 1) SETAHUN sebelum saya baligh( saya tidur dan keluar air mani), saya ada terkeluar setitik cecair yang disebabkan syahwat. Pada masa itu, saya rasa cecair itu air mazi kerana melekit dan keluar hanya setitik. Kemudian, hari ini, saya dengar ustaz cakap air mazi jernih, air mani keruh. Seingat saya, semasa keluar cecair setahun sebelum saya baligh itu, cecair itu tidak jernih seperti air sungai dan tidak keruh seperti susu. Adakah itu air mani atau air mazi? Adakah saya sudah pun baligh semasa itu? 2) Jika keluar cecair setitik disebabkan syahwat kemudian apabila di periksa, air tersebut hampir sepenuhnya meresap pada seluar dalam, adakah itu air mani atau air mazi? Terima kasih tuan mufti.
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Air mazi adalah cecair jernih yang keluar ketika terangsang atau berahi pada permulaan syahwat. Air mazi keluar tidak diikuti dengan lembiknya zakar. Ciri-ciri air mazi adalah ia berwarna putih jernih, nipis, melekit dan licin. Hukum keluar air mazi menyebabkan terbatalnya wuduk (hadas kecil) dan wajib dicuci kerana ia adalah najis, tanpa mewajibkan mandi.
Mana kala air mani pula adalah cecair putih yang keluar pada kebiasaannya secara memancut (walaupun memancut tidak menjadi syarat untuk wajib mandi) dengan rasa lazat atau kepuasan pada kemuncak syahwat. Ini diikuti dengan lembiknya zakar. Ciri-ciri air mani adalah ia berwarna putih pekat berbau seperti tepung yang diuli ketika basah dan berbau hanyir seperti bau putih telur ketika kering. Hukum keluar air mani menyebabkan wajib mandi.
Hukum air mazi dan air mani ini diambil berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali ibn Abi Talib karamallahu wajhah, beliau berkata:
كُنْتُ رَجُلًا مَذَّاءً فَجَعَلْتُ أَغْتَسِلُ حَتَّى تَشَقَّقَ ظَهْرِي، فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - أَوْ ذُكِرَ لَهُ - فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَا تَفْعَلْ إِذَا رَأَيْتَ الْمَذْيَ فَاغْسِلْ ذَكَرَكَ، وَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلَاةِ، فَإِذَا فَضَخْتَ الْمَاءَ فَاغْتَسِلْ»
Bermaksud: “Aku adalah seorang lelaki yang sentiasa keluar mazi, aku sentiasa mandi pada musim sejuk sehingga belakangku kelihatan pecah-pecah. Aku bertanyakan hal itu kepada Rasulullah SAW. Rasulullah SAW bersabda: “Jangan kamu lakukan seperti itu, jika kamu melihat mazi maka basuhlah kemaluanmu dan berwuduklah sebagaimana kamu berwuduk untuk solat. Jika kamu memancutan air (mani) maka hendaklah kamu mandi.”
Untuk pengetahuan, bagi mazhab Syafi’i, had umur paling awal bagi lelaki untuk baligh adalah 9 tahun qamariyyah (imkan al-bulugh). Di antara tanda zahir baligh lelaki adalah:
Merujuk kepada soalan yang diajukan:
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.