BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, bagaimana untuk melawan perasaan bacaan kita betul atau tidak? Saya mempunyai masalah untuk teruskan bacaan Al-Fatihah kerana saya asyik tidak cukup nafas untuk membaca ayat, membaca tahiyat dengan betul, lebih-lebih lagi pada "attah'iyyatu" kerana saya selalu susah menyebut ح tersebut.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, masalah yang dihadapi tersebut tidak menjadi satu kesalahan sekiranya ia tidak mampu diatasi. Walaubagaimanapun, dalam masa yang sama adalah menjadi kewajipan sentiasa memperbaiki bacaan al-Quran dari semasa ke semasa. Berdasarkan hadith Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah RA: الماهر في القرآن مع السفرة الكرام البررة والذي يقرأ القرآن ويتتعتع فيه وهو عليه شاق له أجره مرتين Maksudnya: “Orang yg mahir membaca al-Quran, dia akan bersama dengan malaikat safarah yang menghitung amalan kebaikan lagi yg berbuat kebajikan. Manakala sesiapa yg membaca al-Quran dalam keadaan tergagap-gagap dan sukar, maka dia akan memperolehi dua ganjaran”. (Riwayat Muslim) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 167

message user image