Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum , apa hukum menggunakan kain basah atau mop tuk menyucikan najis . Contoh kita hilang kn dahulu sifat najis seperti air kencing kemudian tinggal sedikit lembapan lalu lap pkai mop atau kain basah . Sya tgk di yt ad ustaz membenarkn dan ad yg menggunakan kaedah lain sya jdi keliru . Boleh ustaz terang bagaimna cara yg betul dan cara menyuci kn karpet terkena air kencing karpet besar tpi tidak melekat hanya susah di bawa .
Jika kaedah sya salah bagaimna jika sya telah menggunakan mop basah keseluruhan rumah adakah perlu membasuh seluruh rumah. Terima kasihhhhh
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Merujuk kepada persoalan tuan, tindakan menggunakan kain basah atau mop untuk menyucikan najis adalah tidak sah kerana tindakan tersebut akan menjadikan kain basah atau mop tersebut menjadi mutanajjis. Ini adalah kerana mengelap atau mengemop tidak dianggap sebagai perbuatan mengalirkan air. Melainkan sekiranya ain air kencing telah dihilangkan dan telah dialirkan ke atasnya air mutlak, maka menggunakan kain atau mop untuk mengeringkan air mutlak tersebut adalah diharuskan.
Oleh itu, kaedah yang betul menyucikan karpet atau tempat yang terkena air kencing adalah dengan membuang terlebih dahulu ain najis tersebut dengan mengelapnya dengan kain bersih semampunya. Kemudian alirkan air ke atas kawasan yang terkena air kencing itu sekadarnya dengan air mutlak. Selepas dari itu, lap air tersebut dengan menggunakan kain bersih yang lain. Lakukan perbuatan tersebut beberapa kali hingga yakin telah hilang ain dan bau.
Kesimpulannya, Jika semata-mata menggunakan mop yang basah bagi menghilangkan najis tersebut, maka mop tersebut telah menjadi mutannajis. Jika digunakan mop tersebut ke kawasan yang lain, maka kawasan tersebut turut bernajis disebabkan oleh mop tersebut dan perlu disucikan dengan dialirkan air mutlak padanya.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.