BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Saya baru bercerai talak satu disaksikan ibu saya sendiri.soalan saya, bolehkah saya rujuk semula dengan suami pada hari yang sama saya bercerai tetapi belum dapat lagi sahkan di pej.agama kerana hari sabtu.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, Boleh rujuk semula pada bila-bila masa. Namun Saudari perlu pergi membuat pengesahan cerai di mahkamah syariah dan selepas itu membuat pengesahan rujuk di Pejabat Agama Islam berdekatan dengan kadar segera. والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 157

message user image