BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalammualaikum,saya seorang perempuan berumur 17 tahun.Dulu,saya sering membaca bahan bacaan dalam talian yang terkadang mempunyai unsur lucah. Saya tidak tahu sama ada terkeluarnya air mani selepas membacanya namun saya akan ke tandas untuk membuang air kecil lepas itu. Saya solat seperti biasa kerana saya ingatkan tidak ada masalah. Adakah solat saya sebelum ini tidak sah dan saya perlu qada solat tersebut?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المريلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudari, situasi itu bukanlah menyebabkan keluarnya air mani yang mewajibkan mandi wajib. Ia dinamakan air mazi iaitu air yang keluar ketika tindak balas tubuh badan terhadap perkara yang saudari baca itu. Justeru, hendaklah dibersihkan sebelum berwuduk dan solat. Solat yang  didirikan terdahulu adalah sah dan tidak perlu diqada' semula. 

Adalah dinasihatkan agar saudari tidak lagi mengulangi membaca bahan bacaan seperti itu kerana ia mendorong perkara yang tidak bagus sebagai seorang Muslimah. Alihkan perhatian dan isi masa lapang saudari dengan perkara kebaikan dan bermanfaat agar hati kita  menjadi tenang. Ada doa yang boleh diamalkan bagi mengelakkan diri dari hasutan atau keinginan untuk melakukan keburukan sebagaimana hadith Nabi SAW yang diriwayatkan daripada A'isyah RA katanya : "Sesungguhnya Nabi SAW biasa menggunakan doa ini" : 

 اللَّهُمَّ اِنّىِ اَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّمَا عَمِلْتُ وَشَرِّ مَا لَمْ اَعْمَلْ

Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan sesuatu yang aku kerjakan dan kejahatan sesuatu yang tidak aku kerjakan"

(Riwayat Muslim)

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 143

message user image