BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz.  Saya pergi umrah pada tahun 2018, ketika saya masih dalam ihram dengan tidak di sengajakan, saya telah membunuh seekor lalat. Saya tahu kita dilarang membunuh binatang ketika di tanah suci. Saya pernah bertanya dan musykil akan perkara itu sampai saya leka. Sekarang saya teringat kembali peristiwa itu . Adakan saya patut membayar dam? Mohon pencerahan ustaz. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام  ورحمة الله وبركاته 

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudari, larangan-larangan dalam ihram dikategorikan kepada lima perkara asas iaitu pakaian, perhiasan badan, wangian, seks dan alam sekitar. Adapun larangan memburu binatang ini termasuk dalam kategori alam sekitar dan hukum haram tersebut adalah pada memburu atau membinasakan binatang buruan darat yang halal dimakan di Tanah Halal atau Haram. 

Bagi serangga seperti lalat, nyamuk, semut api dan sebagainya, para ulama mengkategorikan ia  sebagaimana haiwan fawasiq iaitu seperti tikus, serigala, singa, kala jengking, dan ular yang mana kesemua haiwan ini ia tidak halal dimakan, membahayakan dan sifatnya yang mengganggu. Justeru, membunuh lalat yang mengganggu tidaklah termasuk dalam larangan ketika berihram. Sepertimana hadis daripada Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

خَمْسٌ فَوَاسِقُ يُقْتَلْنَ فِي الْحَرَمِ الْعَقْرَبُ وَالْفَارَةُ وَالْحُدَيَّا وَالْغُرَابُ وَالْكَلْبُ الْعَقُورُ

Khams fawasiq (haiwan perosak yang lima) yang perlu dibunuh meskipun di dalam keadaan berihram; kala jengking, tikus, burung ‘Kite’ (burung pemangsa seakan helang), burung gagak dan anjing ganas. (Riwayat Muslim) 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 336

message user image