BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz Saya Zul dari Kuantan... Nak tanya ustaz beberapa soalan 1) bolehke saya baca ayat qursi dlm hati sahaja di bilik air yg ada tandas ...sbb baca utk mandi .... baca dulu ayat qursi sblm mandi guna sabun daun bidara 2) saya dah bersara VSS dan ada dibayar pampasan utk guna sarahidup...saya masih ada hutang kereta,peribadi dan bayar komitmen lain serta bil bil bulanan. Utk makluman saya tiada pendapatan bulanan langsung /tetap sejak pencen dan berharap pd simpanan duit pampasan yang makin hari berkurangan. Sekarang saya juga cuba menjalankan bisnes fotografi tetapi masih belum stabil sbb keadaan sekarang covid 19 dan belum boleh memperoleh sumber pendapatan Baru ni sekolah anak telah kategorikan anak saya utk layak terima duit zakat sebanyak rm100 sbb pada borang sekolah untuk diisi pendapatan bulanan ibubapa tiada sbb dah bersara swasta ..yakni tiada pendapatan tetap...Oleh yang demikian saya telah disenaraikan sebagai ibubapa yang tiada pendapatan..bersara swasta tiada wang pencen bulanan dan berharap pada duit pampasan sahaja...boleh ke saya terima duit itu dan gunakan sedangkan yg bagi dari pusat zakat. Saya bimbang saya bukannya Asnaf yakni layak menerima zakat ..Sekiranya tak layak adakah duit itu saya mesti pulangkan pada sekolah atau sedekah shj pd orang miskin atau masuk tabung masjid. Mohon pencerahan ustaz


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Bagi persoalan yang pertama:

Antara adab ketika berada di dalam tandas atau tempat membuang najis ialah tidak membaca dengan lisan  al-Quran atau zikir atau doa atau yang seumpamanya kerana memuliakan kalimah-kalimah tersebut. namun begitu, tidak menjadi halangan jika jika dia tuturkan di dalam hati. 

Berkata Imam Ibnul Munzir :

وقال عكرمة لا يذكر الله وهو على الخلاء بلسانه ولكن بقلبه

Artinya: “Dan telah berkata olih Ikrimah orang yang sedang berada di dalam tandas itu tidak berzikir akan Allah dengan lisannya akan tetapi harus dengan hatinya.” (Kitab Al-Awsath)

Berkata Syeikh Ahmad Mamduh Ahli Majlis Fatwa Negeri Mesir :

الإنسان إذا ذكر الله تعالى فى الحمام فلم يكن قد ارتكب حراما وإنما ارتكب مكروها لأنه لم يليق بالتعظيم الواجب مع اسم الله ولفظ الجلالة فالأدب خير من الذهب، حيث أنه يفضل تجنب الذكر فى هذه الأماكن.

Bermaksud :  Seseorang  itu apabila berzikir dengan kalimah Allah SWTdi dalam tandas maka tidaklah menjadi haram untuk melakukannya,  namun ia telah melakukan sesuatu yang makruh kerana sesungguhnya tiada layak mengagungkan  nama Allah SWT dan lafzul Jalalah. Maka adab itu lebih berharga dari emas sekira-kira afdhal ia jauhkan berzikir pada tempat-tempat sebegini.”

Berkata Syeikh Ahmad Syarif An’Na’san :

فالذِّكْرُ باللِّسَانِ مَكْرُوهٌ، لأنَّ المَكَانَ غَيرُ لائِقٍ لذلكَ، وإنْ ذَكَرَ اللهَ تعالى بِقَلبِهِ فلا حَرَجَ عَلَيهِ بِدُونِ أن يَتَلَفَّظَ بِلِسَانِهِ

Artinya : “Maka zikir dengan lidah itu makruh dari kerana tandas itu tiada layak melakukan amalan demikian . Dan jika ia zikir dengan hatinya maka tiada menjadi kesalahan tanpa ia berlafaz dengan lidahnya.”

Sehubungan itu, harus membaca ayat al-Quran dalam hati sekiranya berada di dalam tandas.

Bagi persoalan kedua:

Berdasarkan daripada kenyataan tuan, dapat difahami bahawa tuan boleh dikategorikan sebagai asnaf miskin kerana asnaf miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya boleh menampung lebih 50 peratus keperluan dirinya dan tanggungannya tetapi masih belum mencukupi had kifayah. Oleh sebab itu anak tuan dikategorikan sebagai penerima bantuan zakat di peringkat sekolah kerana tuan tiada pendapatan yang tetap. Sehubungan itu, harus menerima dan menggunakan duit yang diterima oleh anak tuan daripada pihak zakat tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 210

message user image