BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

assalamualaikum tuan, maaf saya ada persoalan..adakah kisah abu lahab diringankan azab pada hari isnin kerana menyambut maulid nabi ialah kisah yang sahih? mohon penjelasan..syukran


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Berdasarkan persoalan pihak tuan, tiada dalil al-Quran dan hadis yang menyatakan kisah Abu Lahab diringankan azabnya pada hari Isnin. Walau bagaimanapun terdapat dalam Sahih Bukhari kisah yang telah diriwayatkan daripada Ummu Habibah binti Abu Sufyan RA katanya Urwah bin Zubair telah berkata :

وثُوَيْبَةُ مَوْلَاةٌ لأبِي لَهَبٍ: كانَ أبو لَهَبٍ أعْتَقَهَا، فأرْضَعَتِ النبيَّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ، فَلَمَّا مَاتَ أبو لَهَبٍ أُرِيَهُ بَعْضُ أهْلِهِ بشَرِّ حِيبَةٍ، قالَ له: مَاذَا لَقِيتَ؟ قالَ أبو لَهَبٍ: لَمْ ألْقَ بَعْدَكُمْ غيرَ أنِّي سُقِيتُ في هذِه بعَتَاقَتي ثُوَيْبَةَ.

Maksudnya : “Dan Tsuwaibah itu ialah bekas hamba bagi Abu Lahab dan adalah Abu Lahab telah memerdekakannya. Maka Tsuwaibah telah menyusukan Nabi SAW. Maka ketika mati Abu Lahab telah diperlihatkan akan sebahagian keluarganya akan Abu Lahab di dalam mimpi. Berkata ia kepada Abu Lahab : Apakah (kebaikkan) yang kamu dapat? Jawab Abu Lahab : Aku tidak mendapati suatu apa (kebaikkan) selepas aku meninggalkan kamu sekelian melainkan sungguhnya aku diberi minum sekadar ini (titik air di hujung jari) dengan sebab aku memerdekakan Tsuwaibah.” (Riwayat Bukhari)

Untuk makluman pihak tuan, riwayat tersebut bukanlah hadis atau perkataan Nabi SAW. Bukan juga mimpi Baginda SAW. Sebaliknya mimpi dari salah seorang ahli keluarga Abu Lahab. Mimpi tersebut berdasarkan riwayat Bukhari adalah daripada riwayat Ummu Habibah binti Abu Sufyan RA, seorang Sahabat yang meriwayatkan kata-kata 'Urwah bin Zubair yang merupakan seorang tabi'in. Mana kala 'Urwah tidak menyebut siapa yang menceritakan kisah mimpi tersebut kepadanya.

Mimpi bukanlah satu sandaran untuk dijadikan sebagai hujah. Allah SWT Maha Berkuasa untuk mengazab ataupun memberi keringanan kepada hamba-Nya. Namun, apa yang pasti Allah SWT telah melaknat Abu Lahab melalui satu surah dalam al-Quran iaitu surah Al-Masad.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 1193

message user image