BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum Ustaz/Ustazah. Persoalan saya adalah mengenai nazar. Situasinya, seorang wanita yang mempunyai tabiat buruk beronani lalu berusaha untuk berubah. Lalu tanpa berfikir panjang dgn berjanji bahawa ingin berpuasa sekiranya mengulangi perbuatan tersebut. Lafaznya tidak berupa nazar tetapi "Aku berjanji berpuasa selama seminggu setiap kali aku beronani kerana Allah Taala". Namun begitu, beliau kalah dengan nafsu dan mengulangi onani selama beberapa kali (tidak pasti bilangannya dan agak banyak). Beliau sedar bahawa berat janji tersebut untuk ditunaikan kerana memikirkan terlalu banyak anggaran puasa yang harus digantikan sekiranya bilangan onani tersebut didarabkan dengan seminggu puasa. Lalu beliau membuat carian internet sekiranya ada cara untuk menggantikan janji tersebut dengan perkara yang lebih mudah. Dalam carian, beliau mendapati bahawa ianya satu nazar. Sebelum ini beliau tidak tahu bahawa wujudnya nazar untuk mengelakkan dari melakukan maksiat. Setelah dibaca mengenai nazar tersebut, beliau keliru adakah lafaz beliau mengenai janji tersebut merupakan nazar atau tidak. Dan bagaimana cara untuk mengubah janji tersebut pada sesuatu yang lain (yang lebih berkemampuan) untuk dilaksanakan. Setelah itu, beliau ada menceritakan kepada beberapa sahabat mengenai beliau bernazar berpuasa atas alasan tertentu. Persoalannya, jika pada awal lafaz beliau ingin berpuasa itu tidak merupakan nazar, adakah ia tetap dikira nazar kerana beliau ada menyebut "nazar" sewaktu menceritakan kepada sahabat beliau (kerana bacaan di internet, beliau mendapati kesnya seakan-akan nazar)? Jika ianya merupakan nazar atau tidak, apakah tindakan yang wajib beliau laksanakan untuk menyelesaikan masalah tersebut? Mohon pencerahan yang jelas dari Ustaz/Ustazah mengenai persoalan tersebut dan sekiranya ada kaedah yang lebih ringan untuk dilaksanakan kerana beliau kini dibelenggu rasa menyesal kerana tidak berfikir panjang sebelum bertindak dan sangat tidak tenteram kerana ia seakan-akan satu "hutang" yang besar dengan Allah.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, beronani adalah perbuatan maksiat dan dosa yang perlu ditinggalkan, pelakunya hendaklah bertaubat dan tidak mengulangi perbuatan itu. Firman Allah SWT: Maksudnya : “Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)”. (ali-‘Imran : 135) Begitu juga jika ketika bersendirian, tidak boleh melakukan maksiat sebagaimana dalil yang diriwayatkan daripada Tsauban dari Nabi SAW bahawa baginda bersabda : ويأخذون من الليل كما تأخذون ولكنهم أقوام إذا خلوا بمحارم الله انتهكوها. Maksudnya : “Mereka menghidupkan malam dengan ibadah seperti kalian. Akan tetapi mereka adalah orang-orang yang jika bersendirian mereka melanggar perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah”. (Riwayat Ibnu Majah) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 229

message user image