Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.
Kami adalah syarikat penjual, dan pasang kipas syilling gergasi.
Ada terima order daripada GEREJA, dan pihak bahagian sales telah menerima order tersebut. Lebih 50% staff adalah berbangsa bukan Islam. Persoalan, apakah hukum untuk mengarahkan pekerja MUSLIM ISLAM ke Gereja untuk menjalankan kegiatan Pemasangan Kipas? dan boleh kah pekerja islam pergi ke Gereja untuk kerja-kerja servis kipas.
Terima kasih
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Majoriti ulama mazhab Syafie menyatakan pengharaman keterlibatan orang Islam dalam pembinaan gereja atau seumpama dengannya. Diriwayatkan bahawa Al-Imam as-Syafi’i berkata bahawa beliau membenci seorang Muslim yang bekerja sebagai tukang bina gereja atau pekerjaan yang berkaitan dengan rumah ibadat orang-orang kafir.
Walaupun terdapat pandangan dari Imam Abu Hanifah, yang kemudiannya diikuti oleh ulama kontemporari seperti Syeikh Yusuf al-Qaradhawi yang mengharuskan penglibatan orang Islam dalam pembinaan atau apa sahaja kerja dengan agama lain, namun jumhur ulama, termasuk Imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad bin Hasan Al-Syaybani dari kalangan ulama mazhab Hanafi mengharamkan perkara tersebut. Ini berlandaskan kepada firman Allah SWT di dalam surah Al-Maidah, ayat 2:
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
Bermaksud: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.
Sekiranya syarikat ini adalah syarikat milik Muslim:
Sekiranya syarikat ini adalah syarikat bercampur:
Daripada al-Nu’man bin Basyir, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
إنَّ الحَلالَ بَيِّنٌ، وإنَّ الحَرامَ بَيِّنٌ، وإنَّ بَيْنَ الحَلالِ والحَرامِ مُشتَبِهاتٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya perkara yang halal itu jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu juga jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara samar (syubhat). (Riwayat al-Bukhari)
والله أعلم بالصواب