BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum....boleh tak orang bukan islam belanja saya dan beberapa orang muslim yang lain makan.(makanan orang islam) menggunakan wangnya,tetapi kami tak tahu yang wang digunakannya itu wang halal atau haram, kerana baru baru ni dia ada menang nombor ekor.orang bukan islam tu sama tempat kerja dengan saya.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام  ورحمة الله وبركاته 

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diberikan, tidak menjadi tanggungjawab untuk menanyakan kepada orang bukan Islam tersebut dari mana sumber wang yang digunakan untuk membeli makanan itu. Walaupun dikhabarkan orang bukan Islam itu telah memenangi wang perjudian, dia mempunyai sumber kewangan lain yang tidak diragui keharusannya.

Melainkan orang bukan Islam tersebut menyatakan secara terang-terangan bahawa makanan tersebut dibeli dari sumber yang haram seperti hasil curi atau perjudian, maka ia hendaklah dihindarkan.

Sehubungan itu, diharuskan bagi seorang muslim untuk memakan makanan yang dihadiahkan atau disediakan oleh orang bukan Islam seperti Hindu, Sikh, Budha dan selainnya selagi mana makanan itu adalah halal. Lantaran daripada itu, tidak ada masalah buat seseorang muslim memakannya selagi mana ianya halalan toyyiba.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 212

message user image