BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz , persoalan saya bagaimna sekiranya kita tersalah dlm sesuatu perkara dlm bab najis. Contohnya dlm penyuci najis kita tercuci dgn hanya mengelap dan telah tersebar keseluruh rumah .hal ni menyebabkn kesukaran bgi sya untuk membasuh nya. Seterusnya , setelah mandi wajib terdpt tompok kan pada tgn di yakini bekas air mani secara logik nya air mani keluar akan bercmpur dgn mazi adakah tompokan itu najis mohon pencerahan. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد      

Bagi kita sebagai umat Islam, adalah penting untuk mengetahui jenis dan cara mensucikan sesuatu najis yang terkena sama ada pada tubuh badan kita atau ruang yang terkena sesuatu najis. 

Menurut syarak najis adalah segala sesuatu yang dianggap kotor dan menjadikan ibadat salat menjadi tidak sah. Oleh itu, menjadi kewajipan untuk mensucikannya bagi memastikan ibadah solat kita sah. 

Pembahagian najis dan kaedah mensucikannya menurut Mazhab al-Syafie adalah seperti berikut;

1. Mukhaffafah (ringan) seperti air kencing bayi lelaki yang belum cukup 2 tahun qamariah dan hanya minum susu ibu. Cara mensucikannya adalah memadai dengan renjisan air mutlak ke atasnya dan kemudian dilap dengan kain bersih

2. Mutawassitah (sederhana) seperti air kencing orang dewasa dan cara mensucikannya adalah dengan dihilangkan ain najis terlebih dahulu sebelum dialirkan ke atas tempat najis dengan air mutlak serta membasuhnya sehingga hilang kesan bau, warna dan rasa..

3. Mughallazoh (berat) seperti anjing dan babi, kaedah mensucikan tempat tersebut adalah dengan dibasuh tujuh kali basuhan dengan salah satunya dengan air tanah.

Sekiranya basuhan tidak mengikut kaedah yang dinyatakan, maka permukaan yang terkena najis tersebut tidak suci dan dikira najis hukmi walaupun tidak kelihatan najisnya. Manakala bagi mengeluarkan seseorang dari kesukaran untuk membasuh seluruh bahagian rumah akibat telah tersebar disebabkan kesalahan dalam kaedah mensucikannya, maka memadai dengan perbuatan mengelap sahaja selagi tidak kelihatan kesan najisnya (bau,rasa atau warna) dan tempat tersebut dan telah kering. Kaedah Fiqah ada menerangkan;

المشقة تجلب التيسير

Maksudnya: Kesukaran akan menarik kemudahan

Adapun air mani tidak dikira najis menurut Mazhab al-Syafie, namun tetap dikira sebagai benda kotor seperti air liur atau hingus yang perlu dibersihkan. Walaupun air mani bukan najis, tetapi jika sekiranya diyakini bercampur dengan najis seperti air kencing atau mazi, maka tempat atau anggota tersebut wajib disucikan kerana telah bercampur najis.

 والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 156

message user image