BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Saya ada pertanyaan . . .

Sekiranya dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan orang bukan Islam apakah hukum untuk saya menghadiri nya?

Boleh saya tahu hukumnya dengan dalil sekali(≧▽≦).


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Asas hubungan antara Muslim dan bukan Muslim adalah sikap bertoleransi, ihsan dan perdamaian, selama ia tidak melanggar atau bercanggah dengan hukum syarak, lebih-lebih lagi dalam hidup bermasyarakat yang berbilang bangsa dan agama seperti negara kita Malaysia.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Mumtahanah ayat 8:

لَّا یَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِینَ لَمۡ یُقَـٰتِلُوكُمۡ فِی ٱلدِّینِ وَلَمۡ یُخۡرِجُوكُم مِّن دِیَـٰرِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوۤا۟ إِلَیۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ یُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِینَ

Maksudnya" Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil."

Perbezaan agama tidak menghalang kita daripada berbuat baik di antara satu sama lain.  Menurut  ulama’ mazhab Syafi’e, hukum menghadiri jemputan walimah bukan Muslim adalah diharuskan, bahkan ia disunatkan sekiranya jemputan itu datang daripada kaum keluarga, jiran tetangga atau rakan sekerja, seandainya kehadiran kita akan memberi manfaat kepada dakwah Islam. 

Namun kehadiran itu mestilah terbatas sebagai hadirin biasa dan tidak boleh terlibat dengan sebarang proses ritual seperti membaca doa, mengiringi pasangan pengantin masuk ke rumah ibadat sewaktu proses perkahwinan sedang berlangsung. Selain itu, sebarang aktiviti yang bercanggah dengan syariah Islam seperti tarian, minum arak dan pergaulan bebas lelaki dan wanita wajib dielakkan.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 212

message user image