Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Salam, ustaz. Suami saya dah hampir 4 tahun tak punya kerja tetap. Tetapi Alhamdulillah, kalau ada rezeki lebih, dia bagi duit cuma bukan tiap bulan. Kami ada 3 orang anak, yang bongsu baru je 5 bulan. Suami saya terpaksa menetap disemenanjung kerana masih mencuba merebut peluang pekerjaan di sana. Saya dan anak2 di Sabah duduk rumah mak ayah. Saya nak tanya, jatuh talak ke sebab suami sy tak mampu beri duit tiap bulan? Tapi saya tak pernah nak paksa sebab saya tau keadaan dia. Saya bekerja alhamdulillah dan cukup perbelanjaan untuk tampung anak2. Jadi, adakah kami sudah tercerai walaupun tak pernah di lafaz hanya kerana dia tak beri kami duit belanja?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari, perkara tersebut lebih kepada tanggungjawab suami menyediakan tempat tinggal dan nafkah sara hidup mengikut kemampuannya. Sebagai isteri, puan juga mempunyai tanggungjawab dan perlu memahami kemampuan suami. Dalam hal ini, tidak timbul isu cerai kerana tiada lafaz yang disebut oleh suami. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.