Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum..
Sekarang ramai pengusaha melayu jadi barista & penjual coffee, soalan saya adakah biji kopi yang diimport dari luar negara perlu sijil halal sebelum digunakan... Sama ada biji kopi fresh atau tidak.. Terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, Islam telah menggariskan agar umatnya memakan makanan yang halal dan toyyiba. Justeru, biji kopi yang fresh ataupun tidak, yang diimport dari luar negara perlu mempunyai sijil halal sebelum digunakan. Ia lebih diyakini dan menjadi kewajipan seorang muslim untuk menyediakan bekalan makanan yang halal kepada pelanggannya sama ada mereka muslim atau bukan muslim. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 168 :
2. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 172 :
“Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.”
Amat penting bagi orang Islam untuk mengetahui badan-badan Islam yang diiktiraf di seluruh negara agar tidak merasa ragu-ragu untuk membeli barangan import dari luar negara. Justeru, pengusaha barista dan penjual kopi boleh layari link berikut bagi mengetahui logo makanan halal yang diiktiraf di seluruh dunia :
http://www.halal.gov.my/v4/index.php?data=bW9kdWxlcy9jZXJ0aWZ5X2JvZHk7Ozs7&utama=CB_LIST&lang=bm
Jika biji kopi itu telah diakui halal oleh badan/ agensi halal di luar negara, maka ia juga diiktiraf di Malaysia dan boleh digunakan.
Sekian terima kasih