BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum

Kitaran haid saya pada kebiasaannya adalah 28 hari. Selama ini tiada sebarang masalah cuma kadang2 ada masanya ia akan awal 2-3 hari tapi jarang2 berlaku. Tetapi selepas ambil vaksin kitaran haid saya berubah menjadi 24 hari sahaja. Dan sudah beberapa bulan ianya begitu. Tetapi bulan ni tiba2 baru hari ke 21 lendir darah mula keluar bila saya bersuci. Dan tompokon darah juga ada. Saya tetap meneruskan solat seperti biasa. Cuma saya nak tahu boleh kah saya kira kitaran saya sekarang ni 24 hari. Kalau nanti dia keluar lebih cepat dari 24 hari macammana pula. Jangka masa saya haid tetap sama 6-7 hari.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المريلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, ketidakaturan tempoh haid dan sela masa suci seseorang wanita mungkin terganggu disebabkan pelbagai faktor seperti penyusuan, hormon, pemakanan, kondisi tubuh badan dan seumpamanya. Justeru, puan sendiri lebih kenal dengan keadaan diri dan darah puan. Oleh kerana kitaran telah berubah, puan tidak boleh mengikut waktu kebiasaan. Jika ada tanda haid pada hari ke-21, ia adalah darah haid. Tidak boleh solat. Tunggu sehingga hari ke-7 haid, kerana haid puan adalah tetap 6-7 hari. Jika darah keluar pada hari ke 24, ia juga dikira haid.  

Dinasihatkan untuk buat catatan/rekod bagi rujukan puan pada masa-masa akan datang jika berlaku perkara yang sama supaya lebih faham. Ini kerana setiap wanita mempunyai kitaran yang berbeza, dan hanya puan lebih memahami kondisi puan sendiri.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 149

message user image