BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum Ustaz, saya ingin bertanya mengenai cara mengada' puasa yang telah saya tinggalkan sebelum2 ini diatas dasar kesihatan & haid. Sebenarnya, puasa yang telah saya tinggalkan sebelum2 ini diatas dasar kesihatan & haid, saya tidak mampu untuk mengada'kannya lagi serta saya juga tidak pernah/belum melunaskan Fidyah diatas kegagalan melaksanakan tanggungjawab berpuasa saya yang lepas2.. Masalah kesihatan yang saya alami adalah sakit gastrik yang agak kronik (GERD) & Darah Tinggi serta tubuh saya tidak boleh kekurangan air. Saya inginkan pencerahan daripada ustaz, bagaimanakah cara serta kiraanya untuk membayar Fidyah diatas kegagalan saya mengada'kan puasa2 saya yang lepas2 diatas dasar kesihatan & haid. Masalah saya sekarang, jumlah hari & tahun yang saya tinggalkan ibadah puasa ni pun, saya tidak ingat serta punyai jumlah hari yang tepat. Jadi jumlah hari & tahun sejak serta sebanyak manakah yang saya harus mula untuk kiraan membayar Fidyah? Adakah cara kiraan yang afdal didalam islam bagi saya melunaskan semua hutang2 mengada' puasa saya itu pada Allah SWT? Jika dahulu, saya sedikit pun tidak sangat mengambil endah mengenai perkara mengada' atau membayar Fidyah bagi puasa yang telah ditinggalkan, tetapi sekarang setelah saya mengetahui hukum serta kewajipan bagi saya untuk melunaskannya semasa hidup, saya berusaha untuk mendapatkan penjelasan daripada yang lebih arif mengenai ini, saya mohon untuk mencari pencerahan mengenai masalah saya ini dari Ustaz.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, Seorang yang tidak mampu berpuasa kerana mempunyai penyakit kronik harus meninggalkan puasa tetapi ia wajib membayar fidyah iaitu memberi makanan kepada fakir miskin setiap hari secupak dan tidak perlu qada puasanya. Bayarannya mengikut jumlah hari yang tidak sempat diganti puasanya, kemudian didarab dengan nilai secupak beras mengikut harga semasa. Contoh : 83 hari x RM1.80 = RM149.40 (Jumlah fidyah) Saudari juga boleh melayari laman sesawang Lembaga Zakat Selangor di http://www.zakatselangor.com.my/calkulator-zakat/kalkulator-fidyah/ untuk perkiraan lanjut atau boleh terus ke kaunter LZS yang berhampiran untuk keterangan lebih lanjut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 233

message user image