Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,
Soalan berkenaan Harta Pusaka.
Saya mempunyai isteri muallaf.Jika meninggal bagaimana pembahagian Harta pusaka, contoh KWSP dll. Adakah ianya perlu di bahagikan mengikut faraidh kepada adiknya yg ada juga yg muallaf,ataupun kepada saya dan anak sahaja. Ibunya adalah Kristian.
Terimakasih.
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Merujuk kepada soalan yang diajukan,
Asas bagi harta peninggalan si mati adalah
Apabila berlaku kematian, adalah menjadi tanggungjawab waris yang hidup untuk menguruskan segala harta peninggalan si mati mengikut hukum syarak iaitu:
Sehubungan itu, waris-waris yang berhak menerima pembahagian harta pusaka adalah dalam kalangan ahli waris yang beragama Islam sahaja. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Usamah Bin Zaid RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
لا يرِثُ المُسلِمُ الكافرَ ولا الكافرُ المُسلِمَ
Maksudnya: "Orang Islam tidak mewarisi orang kafir dan orang kafir tidak mewarisi dari orang muslim". (Riwayat Al-Bukhari).
Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada Majlis Agama Islam Negeri berhampiran tempat tinggal anda untuk mendapatkan nasihat berkaitan kaedah pengiraan yang lebih tepat.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.