BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Asalammualaikum tuan 

Semoga Allah SWT merahmati tuan dan Allah memudah Kan urusan tuan 

Saya Ada persoalan berkaitan hukum cukai pendapatan individu 

APA kah cukai ini halal utk Di kutip 

Dan Ada Kah denda 45% yg dia Amal Kan sekarang Di benar Kan dlm Islam 

 

Mohon pencerahan 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Sistem percukaian adalah salah satu mekanisme untuk menjana kemakmuran ekonomi  dalam sesebuah negara yang telah diamalkan hampir seluruh negara di dunia dari zaman dulu hingga ke hari ini.

Dalam Islam, sesebuah kerajaan mempunyai hak untuk mengadakan dasar percukaian dalam memungut hasil kepada negara, asalkan dasar tersebut digubal menepati prinsip yang adil dan tidak membebankan individu rakyat. Jika sumber pendapatan negara tidak mencukupi, negara perlu memungut cukai daripada rakyat untuk membiayai kepentingan umum, dan kadar cukai negara boleh menaik atau menurun mengikut kemampuan rakyat. Selain daripada itu, cukai juga ialah satu pungutan yang diperlukan, selaras dengan kehendak dan keperluan semasa negara yang selari dengan konsep siyasah syar'iyyah (politik dan peraturan) yang digariskan oleh Islam.

Perkara ini ditekankan oleh Allah SWT sebagaimana firmannya dalam surah al-Maidah ayat 92:

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوۤا۟ أَطِیعُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِیعُوا۟ ٱلرَّسُولَ وَأُو۟لِی ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡۖ فَإِن تَنَـٰزَعۡتُمۡ فِی شَیۡءࣲ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡیَوۡمِ ٱلۡـَٔاخِرِۚ ذَ ٰ⁠لِكَ خَیۡرࣱ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِیلًا

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada ‘Ulil-Amri’ (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.”

Berlandaskan kepada ayat al-Quran di atas menjadi asbab segala bentuk perintah yang dilaksanakan oleh pemerintah adalah wajib untuk dipatuhi sepenuhnya selagi mana tiada dalil yang jelas percanggahannya dengan hukum syarak. Berkaitan Dengan cukai pendapatan yang telah dilaksanakan sekian lama di Malaysia, maka kewajibannya adalah berlandaskan kepada undang-undang yang termaktub.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 153

message user image