BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ada pertanyaan mengenai mandi wajib.

1. Sahkah mandi wajib sekiranya rambut diikat atau didandan?

2.  Sahkah mandi wajib sekiranya bulu roma saya berpintal atau terikat di antara satu sama lain di bahagian betis? Saya ragu sekiranya air tidak rata pada permukaan rambut/bulu roma tersebut. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المريلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudara;

1. Sah jika air mandian mandi wajib tersebut sampai ke pangkal rambut dan keseluruhannya walaupun tanpa dibuka ikatannya atau dandanannya. Tetapi jika rambut yang diikat atau didandan itu tidak rata basahnya atau ada benda yang menghalang air, hukumnya tidak sah. Justeru, rambut tersebut hendaklah diuraikan atau dibuka ikatannya supaya air boleh diratakan di seluruh kepala. Hadis yang diriwayatkan daripada Ali RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :

مَنْ تَرَكَ مَوْضِعَ شَعْرَةٍ مِنْ جَنَابَةٍ لَمْ يَغْسِلْهَا فُعِلَ بِهِ كَذَا وَكَذَا مِنَ النَّلرِ. قَالَ عَلِىٌِّ فَمِنْ ثَمَّ عَادَيْتُ شَعْرِي

Maksudnya: "Sesiapa yang meninggalkan pangkal rambut daripada terkena air ketika mandi janabah walaupun sehelai, Allah akan melakukan begini-begini dengan api neraka. Ali berkata: Sejak itu aku tidak menyukai rambutku". (Riwayat Abu Daud)   

2. Sah mandi wajib saudara walaupun bulu roma berpintal atau terikat sesama sendiri dengan meratakan air ke atasnya. Tidak perlu ragu lagi. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 188

message user image