BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya ingin bertanya berkenaan harta tanah yang ditinggalkan oleh nenek saya. Untuk makluman, ibu saya telah meninggal dunia 26tahun lepas. Nenek saya telah membeli sebahagian tanah berhampiran kampung dengan menggunakan sebahagian dr wang peninggalan ibu kepada kami adik beradik. Sebahagian tanah itu telah difahamkan kepada semua bahawa tanah itu adalah hak kami adik beradik dengan penamanya adalah nenek kami kerana kami masih bawah umur. Setelah nenek meninggal dunia, kami adik beradik difahamkan bahawa penama nenek kami telah meletakkan nama kami adik beradik sebagai pemilik tanah kepada semua tanah kampung. Menurut pakcik dan makcik, nenek telah tersilap meletakkan nama kami kerana niatnya hanyalah bagi tanah yg sememangnya dibeli dengan duit kami. Malah makcik saya telah memberitahu kami bahawa dia pernah bertanya kepada nenek nama pemilik tanah, dan nenek memaklumkan bahawa tanah itu adalah atas nama nenek. 1. Persoalannya disini, adakah kami wajib untuk menyerahkan bahagian tanah yg bukan dibeli dengan tanah kami kepada anak-anak nenek? 2. Sekiranya seorang ibu meninggal dunia, dan anaknya telah meninggal dunia terdahulu, adakah cucu(anak kepada anak yang meninggal dunia) tidak ada hak kepada harta peninggalan? Untuk makluman, kami telah bersetuju untuk menjual tanah yang sememangnya hak kami sebelum mengetahui hal-hal diatas. Terima kasih, Assalamualaikum.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, 1. Sememangnya harta bukan hak kita, perlu dikembalikan kepada yang berhak menerima. Dalam konteks ini tanah yang bukan dibeli dengan harta peninggalan ibu perlu diserahkan kepada yang berhak (anak-anak kepada nenek yang masih hidup). Ini adalah kerana menurut puan terdapat khilaf (silap) meletak penama yang sepatutnya. 2. Dalam sistem agihan harta pusaka, Islam ada menggariskan beberapa kaedah utama. Pertama adalah wasiat iaitu pemberian tidak lebih sepertiga (I/3) harta yang ditulis/diiqrarkan semasa masih hidup dan akan terlaksana selepas pewasiat meninggal dunia. Kedua adalah faraid (pembahagian harta yang tidak diwasiatkan mengikut waris yang wajar menerima). Oleh itu, hak menerima harta si mati dalam Islam adalah bergantung kepada kedua-dua kaedah utama ini yang mana ia mempunyai syarat-syarat penerimaan yang berbeza. Cadangan dari kami adalah lebih baik pihak puan merujuk perkara ini kepada Majlis Agama Islam Selangor selaku Pemudah Cara bagi pembahagian harta secara faraid. Ini adalah penting untuk merungkai segala kesalah fahaman ini supaya tidak berlaku pertelingkahan yang memudaratkan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 169

message user image