BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalammualaikum, Syarikat saya ada menjual penambahan waranti, iaitu "Extended Warranty", "Screen Protection Plan" dan Accidental Protection Plan, saya dapat dari video ceramah Ustaz di youtube, mengatakan hukum nya Haram, adakah ia Haram and boleh kah saya mendapat maklumat pekara ini dari orang yang arif dalam bidang ini?

Sekian, Terima Kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

Waranti yang diterima bersekali dengan belian barangan adalah termasuk dalam al-Wa`d (janji) atau penjual mensyaratkan manfaat bagi pembeli atas barang yang dibeli, maka ianya adalah diharuskan. Ini termasuklah extended warranty dan juga Screen Protection Plan. Begitu juga, harus menambah harga barangan untuk menambah tempoh waranti.

Namun jika membeli waranti atau kad jaminan berasingan dari barang yang dibeli, seperti seseorang membeli barang tanpa waranti, lalu pembeli memberi kad waranti, ia tidak diharuskan. Ini adalah kerana ia terdapat unsur gharar atau ketidakpastian, iaitu sama ada waranti itu akan digunakan oleh pembeli atau tidak. Di samping itu, ia turut terdapat unsur perjudian. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 224

message user image