BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz 

Saya ada soalan tentang bersuci. Waktu saya bangun pagi, ade sedikit kesan darah yang kering pada sarung bantal saya. Saya tidak pasti samada darah itu darah ape (Jerawat, kudis, nyamuk). Disebabkan darah itu sudah kering saya, saya membasuhnya dengan mengambil air sebesar tapak tangan dan curahkan ke atasnya lalu saya mengosok tempat yang terkena darah. Tetapi masih ada sedikit kesan darah yang kering pada sarung bantal saya. Soalan saya adakah air yang membasahi sarong bantal dan bantal saya dikira air musta'mal atau air mutanajjis? Adakah bantal saya dikira najis kerana turut basah disebabkan curahhan air tersebut? 

Selepas itu, saya menanggalkan sarong bantal saya untuk dibasuh ke dalam mesin basuh Saya mengambil air sebesar tapak tangan dan curahkan ke atas bantal hingga seluruh hingga seluruh kawasan tadi basah (1 siraman). Waktu tu bantal dalam keadaan lembab. Adakah itu sudah memadai untuk membersihkan bandal tersebut? 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan :

1) Darah yang sedikit secara adat adalah dimaafkan. Kesan darah yang tinggal selepas dibasuh juga dimaafkan. Air yang digunakan untuk membasuh kesan darah yang sedikit tidak dianggap mutanajjis atau menjadi najis. Bantal yang basah akibat basuhan kesan darah yang sedikit itu tidak menjadikannya mutanajjis.  

2) Memandangkan kesan darah pada bantal itu sedikit dan sukar untuk dihilangkan, maka ia adalah dimaafkan. Menggunakan tangan dengan niat menceduk air lalu menyiramkannya ke kawawan kesan darah yang sedikit itu adalah memadai, walaupun pada asalnya ia tidak menjadi kewajipan kerana ia adalah sesuatu yang dimaafkan. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 143

message user image