BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum..

saya nak tanya berkenaan status bagi matawang kripto dan e-wallet sekiranya pemiliknya meninggal dunia. adakah ianya menjadi harta pusaka yang wajib difaraidhkan? bagaimana kaedah pembahagian bagi harta "maya' ini?

Jazakallah..


message user image

Jawapan  

 

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد      

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, matawang kripto dan e-wallet merupakan aset yang mempunyai nilai menurut Hukum Syarak. Oleh yang demikian, sekiranya berlaku kematian kepada pemiliknya, maka ia akan menjadi harta pusaka yang perlu diuruskan menurut kaedah faraid. 

Kaedah faraidnya adalah dengan membahagikan wang kripto tersebut kepada semua ahli waris mengikut bahagian masing-masing atau ditukar bentuk matawang kripto dan e-wallet kepada nilai ringgit atau mana-mana matawang fiat lain dengan cara menjualnya kepada pembeli yang berminat sebelum difaraidkan. Namun dari segi amali, matawang kripto hanya boleh ditunaikan oleh pemilik akaun. Sekiranya pemilik akaun meninggal dunia dan tiada seorang pun waris yang mengetahui kata laluan ke akaun tersebut, maka aset itu tidak akan dapat ditunaikan dan akan kekal di alam maya tanpa memberi manfaat kepada pewaris. Adalah disarankan kepada pemilik wang kripto untuk memberi amanah kepada mana-mana ahli keluarga atau peguam yang boleh dipercayai untuk berkongsi kata laluan terutamanya sekiranya wang kripto tersebut mempunyai nilai yang besar. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 164

message user image