Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum tuan. Saya ingin bertanya boleh atau tidak kita membunuh burung didalam kawasan masjid? Bilangan burung yang terlalu banyak menyebabkn kekotoran di dalam dan luar masjid. Tindakan seperti menutup lubang2 tempat bersarang telah dilakukan tetapi tidak berkesan. Terdapat lebih dari 4 jenis burung. Aduan dari jemaah kerap kali dan tindakan telah dibuat tetapi tiada kesan. Minta pencerahan sekian terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, hukum membunuh haiwan fawasiq (haiwan perosak/ jahat) bergantung kepada tahap kerosakan dan gangguan yang ia timbulkan. Sekiranya ia mendatangkan bahaya dan kerosakan kepada persekitaran seperti contoh merosakkan tanaman dan ternakan, maka hukum membunuhnya adalah harus dengan syarat dibunuh secara terus tanpa menyiksanya. Sekiranya dengan kaedah meracun dan menanam jarum ke dalam telur membolehkan ia mati dengan kadar yang segera maka ia dibolehkan. Akan tetapi jika sebaliknya, dinasihatkan tukar kepada cara lain yang lebih cepat supaya tidak menyiksakan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.