BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamulaikum.

Saya faris daripada Selangor. Ingin bertanyakan bertanyakan soalan mengenai 'parcel unclaimed' iaitu kotak barang yang tidak dituntut untuk waktu yang lama. 
Langkah yang telah dibuat adalah:

  • mencari pemilik(owner), (sebab ada nama code pada atas kotak tersebut).
  • memaklumkan kepada pemilik tentang barangan untuk dituntut segera beberapa kali. tapi tidak diendahkan. 
  • Kebanyakkan barang yang tidak dituntut adalah lebih daripada 3 bulan sehingga 2 tahun lamanya walaupun telah diwar-warkan secara terbuka dan secara peribadi.

Jadi atas sebab kerisauan ruang tempat adalah terhad, ada terfikir merancang untuk melelong semula barangan tersebut. 

Adakah cara-cara seperti di atas dibenarkan ? Saya khuatir bahawa tindakan ini tidak berpatutan dan sebab itu saya memerlukan nasihat dan pendapat dari pakar agar tindakan saya seringi dengan syariah Islam. 

Semoga dengan ini, saya akan jumpa solusi yang terbaik. 

Terima kasih. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المريلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada situasi persoalan yang diajukan, langkah yang telah saudara lakukan terhadap "parcel unclaimed" adalah usaha yang baik. Namun, jika pihak saudara mempunyai polisi atau syarat atau terma perjanjian terhadap barang yang tidak dituntut, keputusan boleh dibuat mengikut syarat tersebut. Ini kerana setiap manusia mesti berpegang kepada janjinya. Firman Allah SWT dalam surah al-Israa' ayat 34 :

وَاَوْفُوْا بِالْعَهْدِۖ اِنَّ الْعَهْدَ كَانَ مَسْـُٔوْلًا

Maksudnya : “Dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia). Sesungguhnya perjanjian itu akan dipertanggungjawabkan.” 

Sebagai pelanggan, mereka sepatutnya sedia maklum akan tindakan yang boleh dilakukan oleh syarikat terhadap barang mereka jika tidak dituntut setelah tempoh tertentu diberikan dan pelbagai usaha telah dilaksanakan. Ini termasuklah jika syarikat melelong barang mereka. 

Tindakan ini dibuat dengan tujuan seperti, ruang simpanan yang terhad, barang makanan/minuman/ubatan yang mudah rosak atau sudah luput tarikh dan seumpamanya. Selain menyebabkan pembaziran kerana sepatutnya ia boleh dimanfaatkan daripada terbiar begitu sahaja tanpa digunakan.  

Adapun, jika tiada sebarang syarat antara syarikat dan pelanggan, maka parcel tersebut kekal menjadi harta yang tidak dituntut. Justeru, ia hendaklah diserahkan kepada pihak Baitulmal agar dapat dimanfaatkan untuk maslahah umat Islam. 

Saudara boleh hubungi Baitulmal yang berhampiran untuk tindakan selanjutnya, atau layari link berikut : 

https://www.mais.gov.my/hubungi-kami/   

Baitulmal Daerah Gombak
Kompleks Islam Daerah Gombak
KM16 Persiaran Pegawai, Bandar Baru Selayang
68100 Batu Caves, Selangor
T +603-6131 1131

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 153

message user image