Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Salam ustaz,
saya buat food delivery di selangor dan kl. Saya biasanye tidak mengambul tahu kandungan makanan. Ada suatu hari makanan tidak dibungkus dengan rapi oleh kedai dna tertumpah pd bag dan terkena baju. Setelah diselidik makanan tersebut mengandungi babi. Perlu ke sy sertukan semuanya. Terima kasih
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Merujuk kepada persoalan tuan, wajib sertu pada bag dan baju yang terkena makanan yang mengandungi babi sahaja.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.