BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum selamat sejahtera, saya nak bertanya berkenaan bapa saya tidak mahu menjadi wali tetapi saya punya abang. Apa procedure yang perlu saya tahu ye untuk abang saya jadi wali?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, bolehlah membuat permohonan wali enggan di Mahkamah Syariah yang berbidang kuasa menentukannya sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen 13(b) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 yang menyatakan : Hakim Syarie yang mempunyai bidang kuasa di tempat di mana pihak perempuan itu bermastautin atau seseorang yang diberi kuasa secara am atau khas bagi maksud itu oleh Hakim Syarie itu telah, selepas penyiasatan yang wajar di hadapan semua pihak yang berkenaan, memberi persetujuannya terhadap perkahwinan itu diakadnikahkan oleh wali Raja mengikut Hukum Syarak, persetujuan tersebut boleh diberi jika perempuan tiada mempunyai wali dari nasab mengikut Hukum Syarak atau jika wali tidak dapat ditemui atau jika wali enggan memberikan persetujuannya tanpa sebab yang mencukupi. Jika permohonan tersebut telah dibuat, pihak mahkamah akan melaksanakannya mengikut prosedur dan tindakan dari segi perundangan. Jika sabit wali enggan berdasarkan bukti dan hujahan pihak-pihak yang terlibat, Hakim Syarie boleh memerintahkan supaya perkahwinan ini diakadnikahkan menggunakan Wali Hakim. Hal ini ada dinyatakan dalam kitab Mughni al-Muhtaj jilid 4, halaman 252 : Bermaksud : “Begitu juga Sultan berkuasa menikahkan seseorang perempuan apabila wali nasabnya yang akrab menjadi enggan, walaupun ia adalah wali mujbir, iaitu bilamana wali nasab itu menolak untuk menikahkan perempuan itu, dan begitu juga jika yang enggan itu adalah wali mu’tiq (yang membebaskan hamba perempuan) dan waris asabahnya. Ini kerana menikahkan perempuan itu adalah kewajipan ke atas mereka (para wali) apabila mereka enggan melaksanakannya kewajipan tersebut, maka Hakim (Sultan) berhak menunaikannya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 89

message user image