Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,
Saya ingin membuat pertanyaan berkenaa dengan mengharamkan makanan yang halal.
Contohnya,:
Isteri saya pernah secara tidak sengaja/sengaja (tidak pasti niatnya) berkata McD haram. ianya terjadi apabila
berkait dengan issue palestin yang mana McD dikatakan telah menyumbang kepada Israel. Kami pada mulanya telah
memboikot dengan tidak membeli makanan yang dijual oleh McD.
Pihak McD Malaysia telah menegaskan bahawa mereka tidak terlibat dengan semberi sumbangan kepada pihak Israel.
Persoalannya jika isteri saya pernah mengatakan haram kepada McD, bagaimana isteri saya mahu menghalalkannya kembali?
maksud saya, isteri saya ingin membeli dan makan makanan yang dijual oleh McD
Terima Kasih
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, berhubung kata-kata isteri tuan sebelum ini bahawa McDonal's Malaysia adalah haram tidak merubah hakikat asal hukum iaitu ia adalah halal. Oleh itu, isteri tuan boleh terus membeli makanan dan minuman di Mc Donald's Malaysia kerana kesemua makanan dan minuman yang dihidangkan oleh Mc Donald's Malaysia mempunyai sijil halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Sekian, terima kasih.