BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Bagaimana cara membersihkan najis ketika bencana banjir ??


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المريلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudara, secara asasnya, air banjir yang melimpah dari sungai atau longkang dan mengalir di jalanan dikategorikan sebagai air mutlak kerana kuantitinya yang banyak (lebih 2 kolah = 270 liter) serta perubahan warna, bau dan rasanya berlaku dengan sendiri dan sukar dielakkan. 

Setiap air multak yang melebihi 2 kolah tidak mengandungi najis. Hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda :

إِذَا كَانَ المَاءُ قُلَّتَيْنِ لَمْ يَحْمِلِ الخَبَثَ فَإِنَّهُ لاَ يَنْجُسُ

Maksudnya: "Apabila air sampai dua kolah, maka ia tidak mengandungi sebarang kekotoran najis" (Riwayat Abu Daud)

Sekiranya terdapat najis atau bangkai dalam air banjir kategori ini, seseorang itu dinasihatkan agar tidak menggunakan air banjir yang berdekatan dengannya, gunakan yang jauh sedikit daripada najis atau bangkai tersebut. Cara membersihkan najis ketika banjir adalah sama sepertimana ketika menggunakan air mutlak yang lain. Contohnya terdapat najis pada pakaian, caranya celupkan pakaian dalam air banjir untuk mencucinya sehingga hilang 3 perkara berikut iaitu: bau, warna dan rasa. Tetapi sekiranya telah diusahakan dengan bersungguh-sungguh masih tidak hilang, maka tidak wajib meneruskannya lagi kerana Allah SWT tidak memberati seseorang kecuali sekadar yang termampu olehnya. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 121

message user image