Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan saya, adakah halal pelaburan dlm cfg football investment Malaysia, atau adakah patuh shariah
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين الصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين ، أما بعد
Umat Islam dituntut untuk mencari yang halal daripada rezeki Allah SWT di muka bumi ini walaupun terkadang hasil daripada pelaburan yang tidak patut Syariah atau yang samar-samar (Syubhah) menjanjikan keuntungan yang berganda. Hal ini bertetapan dengan firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah: Ayat 172:
Maksudnya: Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu.
Allah SWT telah berfirman di dalam surah Al-Maidah: 90
Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
Di ayat yang lain, Allah SWT berfirman di dalam surah al-Baqarah: Ayat 275.
Maksudnya: Dan Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.
Ayat-ayat di atas menjadi asas untuk membuat sebarang pelaburan. Kita perlu memasikan bahawa pelaburan yang hendak dilakukan itu tidak melibatkan unsur perjudian, riba dan juga gharar.
Merujuk kepada soalan yang diajukan, dari penelitian ringkas kami, didapati bahawa terdapat keraguan di dalam pelaburan CFG Football Investment Malaysia yang memerlukan penyelidikan yang lebih lanjut. Antaranya dikhuatiri terdapat unsur money games serta perjudian. Tuan perlu berjaga-jaga pada pelaburan yang menjanjikan keuntungan yang besar pada masa yang singkat. Untuk kepastian, tuan disarankan untuk membuat rujukan kepada Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang berautoriti di dalam menentukan kepatuhan Syarak sesuatu pelaburan.
والله أعلم بالصواب